Tuesday 10 June 2014

Lawatan Penanda Aras EKSA dari PPD Kuala Terengganu

Rombongan pegawai dan kakitangan dari PPD Kuala Terengganu telah membuat lawatan penanda aras EKSA ke PPD Temerloh. Seramai 50 orang telah berkunjung bagi melihat sendiri suasana dan pencapaian PPD Temerloh serta berkongsi idea dan pandangan bagi meningkatkan prestasi kedua-dua belah pihak.

Rombongan yang menaiki 2 buah bas ini telah tiba pada jam 2.00 petang dan disambut mesra oleh semua para pegawai dan kakitangan PPD Temerloh dalam suasana penuh harmoni. Para tetamu dihidangkan dengan jamuan tengahari.

Selesai solat zuhur, para tetamu dibawa ke Gerbang Cendekia untuk sesi taklimat dan penerangan tentang latar belakang dan pencapaian PPD Temerloh serta EKSA. Pembentangan telah disempurnakan oleh En. Mahadzir selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah dan En. Yusof selaku wakil Pegawai Unit Jaminan Kualiti. Sesi taklimat telah diakhiri dengan sesi dialog.

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke semua zon EKSA PPD Temerloh. Sebelum berangkat pulang, para tetamu sekali lagi dijamu minum petang. Rombongan bergerak pulang pada jam 5.00 petang.

Friday 30 May 2014

Sambutan Hari Guru peringkat PPD Temerloh

Sambutan Hari Guru peringkat PPD Temerloh anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial (KKSS) PPD Temerloh telah disambut dengan serba sederhana tetapi meriah. Sambutan ini bertujuan bagi meraikan para pegawai dan penyelia yang terdiri daripada kalangan guru. Majlis dimulakan dengan doa selamat pada jam 8.00 pagi diikuti dengan jamuan sarapan pagi.

Seterusnya para pegawai diarak ke Gerbang Cendekia diiringi oleh paluan kompang. Acara sambutan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Guru Malaysia dan lagu Biarku Menjadi Lilin. Setelah itu semua pegawai dan kakitangan membaca ikrar hari guru yang diketuai oleh Dr. Nasaruddin. Akhirnya Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah membacakan perutusan KPPM. Di samping itu Tuan PPD juga telah merasmikan tabung kebajikan KKSS dan kempen "Moh Baca" peringkat PPD Temerloh.

Sesudah acara rasmi, majlis diteruskan dengan acara sukaneka. Para pegawai telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli dan diketuai oleh ketua unit. Antara acara yang dipertandingkan adalah boling kelapa, memasukkan air ke dalam botol, bawa bola ping pong dalam susu, pancing botol dan tiup belon sampai pecah.

Selesai acara sukaneka, acara bertukar-tukar hadiah mengambil tempat. Sebelum itu, pemenang bagi acara sukaneka diumumkan dan hadiah disampaikan oleh Tuan PPD. Sementara itu acara cabutan bertuah juga telah diadakan. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari.

Sunday 29 September 2013

KURSUS INTEGRITI 2013

TEMPAT : SK BUKIT CERMIN
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TARIKH : 28hb SEPTEMBER 2013

PENCERAMAH & GURU BESAR




PESERTA KURSUS MEMBACA IKRAR
INTEGRITI.


MENGHAYATI APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH

TUAN HJ. DR. TAJUDDIN SEDANG MENERANGKAN MAKSUD INTEGRITI YANG HARUS DIAMALKAN OLEH GURU.


PENCERAMAH MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN YANG TIMBUL.

SEMOGA KURSUS INI DAPAT MENINGKATKAN MARTABAT PROFESION PERGURUAN.

Tuesday 24 September 2013

Pemantauan Hari Pertama Persekolahan 2013

 Pemantauan Hari Pertama Persekolah 2013 Oleh Tuan PPD Temerloh Ke Sekolah Kebangsaan Mentakab Jaya
Pemantauan Di Dalam Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Mentakab Jaya

Staff PPD Temerloh

Staff PPD Temerloh 2013
Sabar cikgu-cikgu..
SIKAP GURU PUNCA PELAJAR PONTENG - DR ZAHARI ISHAK BH 20/9.
Terima kasih kepada Cikgu Roslan Mat Yusop mengirimkan berita ini.
https://www.facebook.com/roslan.matyusop?hc_location=timeline
 
Permohonan Terbuka Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Pengambilan Julai 2013

Bertempat di:-

PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Tingkat 4, Plaza Gambut,
Jalan Gambut
25730 Kuantan, Pahang
Tel : 09-514 4044/4151

Pada:-

19 & 20 Jun 2013

 



Jam :-

09:00 Pagi hingga 04:30 Petang

Sila bawa bersama dokumen berikut :-
a- Salinan Kad Pengenalan
b- Salinan Sijil Kelahiran
c- Salinan Keputusan SPM
d- Wang tunai RM280 (bayaran pengesahan kemasukan ke Kolej Profesional MARA bagi yang berkelayakan)

JOM SAMBUNG BELAJAR!!!!!!!