Piagam Pelanggan


  • Penempatan guru dilaksanakan selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi dalam tempoh 14 HARI BEKERJA.
  • Pertukaran guru diurus 2 KALI SETAHUN, bagi bulan Januari dan Jun dalam tempoh 30 HARI BEKERJA daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dalam daerah.
  • Pemantauan dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 KALI SETAHUN. Maklum balas pemantauan diterima dari lokasi dalam tempoh 14 HARI BEKERJA.
  • Pengurusan aduan awam diselesaikan dalam tempoh 15 HARI BEKERJA.
  • Pengurusan maklum balas pelanggan sekurang-kurangnya 4 KALI SETAHUN dan tahap kepuasan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana diuruskan 2 KALI SETAHUN.
  • Latihan personel dilaksanakan sekurang-kurangnya 7 HARI SETAHUN.
  • Pertukaran pelajar diselesaikan dalam tempoh 1 HARI BEKERJA sekiranya mematuhi syarat-syarat pertukaran.
  • Setiap murid mendapat 1 KERUSI, 1 MEJA DAN 1 SET BUKU TEKS pada HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN.
  • Pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai dan anggota kumpulan pelaksana perlu diproses dalam tempoh 1 HINGGA 3 TAHUN.
  • Bil dan tuntutan dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 HARI dari tarikh ianya diterima di Unit Kewangan dengan lengkap dan sempurna.