Tuesday 24 September 2013

Iklan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2014


SYARAT PERMOHONAN ONLINE

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

 


3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan
memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.


CARA PERMOHONAN

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 September hingga 18 Oktober 2013. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.


SYARAT KELAYAKAN

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).


**Tarikh tutup iklan ini pada 18.10.2013


Tarikh kemaskini : 24 September 2013